Berjimat dan Berhenti Merokok Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Hari ini memang ramai sangat yang membeli-belah, mungkin untuk membuat persediaan terakhir sebelum berpuasa. Baru sebentar tadi pengumuman oleh penyimpan mohor besar Raja-raja bahawa kita umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Sabtu 21.07.2012.

Bulan Ramadhan ini boleh lah kita mencuba untuk berjimat seketika atau pun kalau boleh kita amalkanlah berjimat sepanjang hayat kita. Berjimat dalam berbelanja terutamanaya dalam bab makanan, almaklumlah siang tak makan dan minum pastinya kalau dah masa nak berbuka bermacam-macam makanan yang nak dimakan. MEROKOK....bolehlah mengambil kesempatan ini untuk meninggalkannya...kalau siang sehari suntuk tak merokok boleh teruskan sampai ke malam...boleh tu..InsyaAllah...anggap sajalah berpuasa merokok sampai ke malam dan seterusnya.

Apapun biarlah Ramadhan kali ini kita boleh berjimat dalam semua perbelanjaan , agar ibadah yang kita lakukan mendapat barokah dan kesempurnaan...InsyaAllah. Kalau Ramadhan yang lepas agak-agak macam  banyak berbelanja kali ini biarlah ala kadar saja dan berhemah kerana menjelang Syawal pastinya perbelanjaan akan meningkat lagi dengan pelbagai keperluan yang nak dibeli.

Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa

*** Tips Jimat Di Bulan Ramadhan

This entry was posted in ,,. Bookmark the permalink.

2 comments

20 Julai 2012 12:52 PG

baru menjelang satu Ramadhan, sudah terasa kemeriahan mahu menyambut kedatangan Syawal. Insha Allah kali ini akan berkunjung ke Masjid Al-Hassan.

21 Julai 2012 12:30 PTG

wahhhhh merokok ke haha

Leave a Reply