Lembaga Tabung Haji hari ini memperkenalkan produk mereka kepada pelajar-pelajar sekolah tentang keistimewaan menjadi ahli Kelab TaHa salah satu produk yang menggalakan pelajar untuk menabung.
Banyak juga keistimewaan yang anak-anak ni akan dapat seperti, Potongan harga 15% pembelian buku rujukan keluaran Berita Harian Sdn Bhd, Berpeluang mengikuti Klinik bimbingan peperiksaan UPSR,PMR dan SPM tajaan Kelab TaHa secara percuma, potongan harga 15% dari harga semasa bila menginap di Kompleks Tabung Haji dan lain-lain keistimewaan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kelab TaHa.
Bagus juga ya sekurang-kurangnya bersemangat juga anak-anak ni beli buku dan menabung untuk masa depannya...