Kisah cubaan bunuh anak sendiri

Assalamualaikum...

Semasa dalam perjalanan pulang dari airport Tawau ke Semporna keadaan lalulintas agak sesak tadi di perantaraan jalan Bubul menuju ke Pekan Semporna. Mungkin disebabkan kebanyakan kenderaan yang dipandu bergerak menuju ke bazaar Ramadhan oleh tuan punya adalah untuk membeli juadah berbuka puasa yang terletak di pekan Semporna dan di Taman Sempaul.

Dalam keadaan memandu perlahan saya memang perasan dihadapan kenderaan kami sebuah motor Honda X5 yang ditunggang oleh seorang lelaki yang agak berisi juga...heehee( Maaf yaa) gagah dengan memakai topi keledar dan penuh hati-hati memandu motornya...jadi saya pun taklah berapa kisah kan...orang pandu motor pakai topi keledar ok lah tu...kenderaan yang saya pandu sekejap berhenti sekejap berjalan oleh kesesakan, begitu juga dengan motor Honda X5 tadi sekejap berhenti sekejap berjalan.

Dan bila kenderaan kami sudah terlalu hampir dengan motor Honda X5 tadi tu...barulah saya perasan seorang budak perempuan ..( umur lingkungan 4 ke 6 tahun ) sedang dibonceng oleh lelaki yang agak berisi dan gagah dengan topi keledarnya tadi ( itu mesti anaknya tu.. ) tapi apa yang mengejutkan saya anak itu tidak memakai topi keledar sepertimana lelaki yang agak berisi dan gagah dengan topi keledarnya...huuuu 

Ini macam bunuh anak sendiri ni....dia gagah memandu motor menjaga keselamatan dengan memakai topi keledar untuk perlindungan diri ( memang dia pentingkan diri sendiri..) anak di belakang dibiarkan kosong tanpa perlindungan...apa punya bapa...puihhh....dan bila ada kesempatan si pemandu motor tadi terus memecut laju mencelah-celah di dalam kesesakan kenderaan jauh meninggalkan kami....tak tau apa dah jadi..semoga dia dan anaknya selamat dan diberi peluang untuk berbuka puasa dan menyambut hari raya...
( maaf ..tak sempatlah pula ambil gambarnya...terlupa melihat gelagat si pemandu motor tadi...)

This entry was posted in ,. Bookmark the permalink.