Pemasangan Atap Tambahan Masjid Al Hasan

Assalamualaikum...

Kerja-kerja awal pemasangan atap bahagian pintu depan Masjid Al Hasan sedang dijalankan sekarang. Ini bermakna bahagian berkenaan akan dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti Masjid di masa akan datang. Selain itu bahagian itu juga bolehlah digunakan untuk menampung pertambahan jemaah apabila tiba hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha nanti...InsyaAllah. Kos kerja-kerja pemasangan ini adalah hasil sumbangan seorang hamba Allah, semoga dengan sumbangan ini Allah SWT akan memberi ganjaran yang setimpal...Amin..

. Bookmark the permalink.

4 comments

9 Julai 2012 12:28 PTG

Alhamdulilah atas sumbangan yang diterima

10 Julai 2012 5:28 PTG

Amin... Moga semuanya berjalan dgn lancar..

10 Julai 2012 5:51 PTG

InsyaAllah...

12 Julai 2012 12:10 PG

..oh, rindu sekali mahu bersembahyang di masjid ini. Bayangannya menggamit sanubari. Kenangan semasa kecil banyak terpahat di ruang mimbar masjid ini. Melihat datuk menjadi imam dan bapa menjadi pembaca khutbah. Semasa itu, masjid ini dibina dari kayu sahaja. Memori lama yang sungguh menggembirakan.

Leave a Reply