Alhamdulillah...pemasangan atap tambahan Masjid Al Hasan sudah siap sepenuhnya. InsyaAllah...bolehlah digunakan kelak nanti Semasa solat Hari Raya Aidil Fitri untuk menampung pertambahan jemaah.
Selain itu dengan adanya ruang tambahan seperti ini pelbagai aktiviti masjid boleh dijalankan disini. InsyaAllah...selepas menyambut Hari Raya Aidil Fitri..Jawatankuasa Masjid Al Hasan akan mengadakan Kursus Fardhu Kifayah untuk penduduk kampung.
Pemasangan atap tambahan Masjid Al Hasan ini adalah hasil sumbangan seorang hamba Allah, semoga dengan sumbangan ini dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezekinya..