Petang tadi menerima panggilan dari pegawai Unit Bergerak BSN Negeri memaklumkan bahawa mereka akan membuka kaunter PROMOSI membuka akaun simpanan sempena bulan Ramadhan di kampung Balimbang pada 11.08.2012 yang bermula dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang.
PROMOSI kali ini menawarkan kepada penduduk kampung untuk membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional serendah RM 50 bagi akaun dewasa dan RM 10 bagi akaun Kanak-Kanak yang berumur 12 tahun kebawah.
Bagi penduduk kampung yang membuka akaun simpanan dan membuat deposit minima RM 100 dan ke atas akan menerima Tabung 1 Malaysia secara PERCUMA (bergantung kepada stok yang ada).
Program sebegini sebenarnya adalah salah satu program yang mengajak penduduk kampung untuk mengamalkan sikap suka menyimpan dan menabung demi untuk masa depan diri dan anak-anak. Di bulan yang mulia ini juga penduduk kampung diajak agar sentiasa berjimat dan mengamalkan perbelanjaan yang tidak membebankan.
