Kemudahan yang disediakan oleh Perbankan Tanpa Cawangan Bank Simpanan Nasional pada masa ini sangat banyak membantu penduduk luar bandar.
Dengan adanya perkhidmatan seperti ini penduduk luar bandar tidak perlu lagi bersusah payah hendak turun ke pekan Semporna hanya untuk membayar bil dan membuat simpanan, ini kerana perkhidmatan berkenan telah ada berhampiran dengan mereka.
Kemudahan ini juga telah memberikan semangat kepada penduduk dan anak-anak untuk sentiasa menabung, apa tidaknya serendah RM10 ringgit saja mereka sudah boleh menyimpan dalam akaun simpanan mereka atau melalui Pembelian Sijil Simpanan Premium setiap hari dan mereka berpeluang memenangi hadiah.
1 comment
Bagus ini....Memudahkan semua pengguna luar bandar...