Puasa Tidak Raya Nak


Assalamualaikum...

Hari ini genaplah hari yang ke 23 kita menjalankan ibadah puasa, dan ini maknanya tinggal 6 hari lagi kita akan merayakan kemenangan...kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan dan sudah semestinyalah kita merayakannya....Maha suci Allah yang mengetahui segala-galanya dan kepunyaan-Nya apa yang ada di bumi dan di langit.

Di saat-saat akhir perjuangan kita melawan hawa nafsu yang mengelodak, pelbagai karenah yang sempat dilihat dan boleh diambil sebagai teladan dan perkongsian untuk tatapan kita....Maha Suci Allah yang menciptakan segala-galanya.

Firman Allah dalam surah Al-Asr " Demi masa ,Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"

Di satu tempat (dirahsiakan..) kelihatan 2 pasangan lelaki dan wanita sedang berjalan sambil berpengangan tangan dan sekejap-sekejap tertawa menunjuk kebeberapa fesyen pakaian, entah sudah kahwin ke belum...kalau dah kahwin Alhamdulillah semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat...tapi kalau belum kahwin...semoga Allah mengampuni mereka. Sambil berjalan-jalan kelihatan si wanita memegang botol minuman dan si lelaki pula dengan bangganya menghembuskan asap yang berebut-rebut keluar dari kedua lubang hidungnya tanpa ada rasa takut. Pakcik peniaga pakaian tu menegur "Assalamualaikum...eh adik ni tak berpuasa ke ? pakcik tu merujuk kepada si wanita berkenaan...dengan selamba si wanita tu menjawab...masalah perempuan pakcik !!..oooo pakcik tu mengangguk-angguk tanda faham masalah si wanita berkenaan. Pakcik tu menjeling kepada rakan si wanita tu...suami adik ke tu? tunang saya Pakcik....ehh dia tak puasa ke ? pada masa yang sama si lelaki datang dan terus menjawab....ala pakcik tidak lama lagi hari raya ni...kita sibuk ni mau buat persiapan hari raya dan persiapan majlis kahwin kita orang ni.....tapi puasa wajib bagi kita..kata pakcik tu membalas...alaaahhh hah ! si lelaki menjawab...pakcik faham ke...tak lama lagi hari raya sudah ni...kita sibuk buat persiapan mau sambut hari raya...eee elah pakcik ni...sambil menarik tangan teman wanitnya itu berlalu...mari ! pakcik ni membebel lah......!!!!!!!????????????
(dikongsi dari pengalaman rakan yang berniaga)

This entry was posted in ,,. Bookmark the permalink.

Leave a Reply