Assalamualaikum...
TAHNIAH...wira negara walaupun DLCW menerima pingat perak tapi kilauannya adalah Emas bagi rakyat Malaysia.
Semangat juang yang ditunjukkan oleh DLCW semasa perlawanan menentang Lin Dan dalam perlawanan akhir, jelas terpancar diwajahnya pada malam itu.
Tidak dapat digambarkan bagaimana semangat DLCW yang tidak mahu menghampakan jutaan rakyat Malaysia untuk memiliki Emas pertama dalam Olimpik 2012, dengan peluh yang membasahi seluruh tubuhnya boleh kita bayangkan semangat juang anak muda ini begitu kuat untuk menghadiahkan Emas kepada jutaan rakyat Malaysia.
Tapi apakan daya nasib tidak menyebelahi perjuangan beliau...dan adat pertandingan pastinya ada yang kalah dan ada yang menang...sebagai rakyat Malaysia saya bangga dengan semangat yang ditunjukan oleh DLCW..TAHNIAH!!! Pingat Perak yang dimenangi sebenarnya memberikan kilauan Emas kepada rakyat Malaysia...walaupun ada yang tidak menghargai perjuangan DLCW.
Teruskan perjuangan DLCW untuk menghadiahkan rakyat Malaysia dengan Emas di Sukan Komanwel 2014 nanti.